Di dalam As-Sunnah An-Nabawiyyah diriwayatkan beberapa hadis sahih mengenai faedah-faedah Habbatus Sauda’ dan penawar penyembuhan bagi segala penyakit.
Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan satu hadis daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud: Hendaklah kamu mengambil berat tentang Habbatus Sauda’ kerana sesungguhnya pada Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuhan bagi setiap penyakit kecuali mati.
Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata di dalam Fathul Bari:”Diambil dari sedemikian itu bahawa makna hal keadaan Habbatus Sauda’ itu sebagai penyembuhan bagi segala penyakit itu ialah ianya tidak digunakan bagi segala jenis penyakit bahkan ianya digunakan secara bersendirian ( tanpa dicampurkan dengan lain-lain bahan) dan ianya juga digunakan dalam bentuk campuran dengan lain-lain bahan. Kemungkinan juga ia digunakan dalam bentuk tepung (kisaran) dan tanpa dikisar. Kemungkinan juga ia dimakan, diminum, dimasukkan ke dalam hidung, dibungkus di dalam kain dan sebaliknya”.
Di dalam kitab Fathul Bari, syarah kitab Sahih Al-Bukhari; Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani menjelakan bahawa mereka yang alim dalam bidang perubatan berkata : Antara manfaat-manfaat Habbatus Sauda’ ialah:
- Ia bertindak menghilangkan bengkak.
- Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan mengeluarkan angin.
- Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu karang, melancarkan pembuangan air kencing dan haid.
- Jika ia ditumbuk halus dan diikat di dalam kain kapas lalu dicium, maka ia memberi manfaat dalam penyembuhan selsema.
- Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda’ dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas.
- Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manfaat dalam merawat sakit kepala.
- Jika Habbatus Sauda’ dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manfaat menyembuhkan sakit gigi.
- Dalam semua keadaan, Habbatus Sauda’ akan memberi manfaat sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul dan berterusan atau istiqamah( konsisten). Terdapat ramuan yang kita boleh amalkan untuk penyakit-penyakit tersebut:
1. MERAWAT JERAWAT
Cara campuran ubat:
- Satu cawan Habbatus Sauda’ yang telah ditumbuk halus.
- Setengah cawan kulit buah delima yang telah ditumbuk halus.
- Setengah cawan cuka epal.
- Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dengan sempurna, Kemudian campuran itu hendaklah dipanaskan di atas api yang perlahan selama 2 minit lebih kurang.
Cara penggunaan: Sapukan bahan campuran tadi pada jerawat setiap hari sebelum tidur. Lakukan setiap hari sehingga kesan jerawat hilang. Bahan campuran tadi boleh digunakan dalam tempoh 3 minggu. Hendaklah disimpan di tempat yang sejuk dan kering.
2. MERAWAT BATU KARANG DI DALAM BUAH PINGGANG ( GINJAL) DAN PUNDI KENCING.
Cara campuran ubat:
- Dua cawan Habbatus Sauda’ yang dikisar halus.
- Setengah cawan madu lebah asli.
- Campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sempurna.
Cara penggunaan ubat:
Ambil 1 sudu campuran di atas dan makan serta diikuti dengan
meminum secawan air suam. Lakukan setiap hari sebelum bersarapan pagi. Ubat ini baik digunakan untuk tempoh 15 hari. Hendaklah disimpan di tempat yang sejuk.
3. MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI.
Cara campuran ubat:
- Satu sudu barsaiz sederhana Habbatus Sauda’ yang telah
dikisar halus.
- Satu sudu besar madu lebah.
- Sepotong kecil bawang putih.
- Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dengan sempurna.
Cara penggunaan:
Makan campuran tadi setiap hari sebelum bersarapan pagi.
Lakukan selama 20 hari hinggalah merasakan kesembuhan.
4. MERAWAT SAKIT KEPALA.
Cara campuran:
- Satu cawan Habbatus Sauda’ yang telah dikisar.
- Setengah cawan bersaiz sederhana jintan manis.
- Setengah cawan bunga cengkih.
- Campurkan ketiga-tiga bahan tadi.
Cara penggunaan:
Makan ubat di atas sebanyak setengah sudu pada setiap hari
sebelum bersarapan pagi dan makan tengahari.
5. MELICINKAN KULIT MUKA.
Cara campuran:
- Setengah cawan Habbatus Sauda’ yang telah ditumbuk halus.
- Setengah cawan minyak zaitun.
- Campurkan kedua-dua bahan tadi.
Cara penggunaan:
Sapukan ramuan tadi pada muka dan dedahkan muka kepada
cahaya matahari yang sedikit. Lakukan sedemikian pada bila-bila masa di waktu siang.
SELAMAT MENCUBA !!! Insya' Allah dengan izinNya sembuh segala penyakit, yang penting kita hendaklah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya.....