Ibn al-Qayyim dalam
kitabnya Zaadul Ma’ad berkata, “Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai
untuk mengisi perut kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh. Kurma juga
merupakan buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia
dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.” Kurma kaya dengan protein,
vitamin, dan fosfor.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
إنّ التّمر يذهب الدّاء ولا داء فيه، وإنّها من الجنّة،
وفيه شفاء.
Maksudnya:
“Sesungguhnya tamar itu menghilangkan
penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya. Kerana ia merupakan tanaman dari
syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat”.
Kurma Dan Susu
Merupakan Sunnah Nabi s.a.w.
Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan kita untuk sarapan
dengan kurma dan susu. Dari sini kita akan tertanya-tanya, “Kenapa Rasulullah
s.a.w. memilih dua jenis makanan ini dan bukan yang lain?”
·
Suruhan Nabi s.a.w. untuk memakan dua unsur makanan
ini memiliki tujuan dan maksud yang luar biasa. Seperti kurma, ia merupakan
jenis pemakanan yang akan dicerna dan diserap oleh anggota tubuh dengan segera.
Ini kerana sari-sari makanan yang dikandungnya cepat menyebar ke dalam
aliran-aliran urat darah, sehingga mampu memberikan kekuatan dan tenaga untuk
membantu menghilangkan rasa letih, lemah dan pening.
·
Kurma juga dapat menenangkan urat-urat saraf, mampu
menghilangkan ketegangan dan rasa gelisah, serta dapat mengubati luka pada
perut.
·
Kurma juga bermanfaat untuk menghilangkan penyakit
hati, penyakit kuning, kulit kering, bibir pecah-pecah, rambut gugur dan kuku
mudah patah. Kurma kaya dengan fosfor untuk membantu memperkuat tulang dan
gigi. Selain itu ia juga mengandungi serat ‘cellulose’ untuk membantu
mempermudah kerja perut dan usus. Kurma sangat kaya dengan vitamin A yang
membantu memperkuat urat-urat yang berhubungan dengan kelenjar, membantu kerja
usus-usus dan memberikan tenaga pada tubuh.
·
Kurma juga dapat memperkuat hati dan membunuh cacing
dan kuman pada tubuh. Jika kurma menjadi santapan sebelum makan, maka ia juga
berfungsi membersihkan paru-paru, menghaluskan kulit luaran pada tubuh, dapat
mengubati orang-orang yang menderita penyakit batuk biasa, dan batuk berkahak.
Antara manfaat susu dari segi
kesihatan adalah seperti berikut:
- Susu mengandungi air, protein, dan zat gula (lactose).
- Susu mengandungi vitamin A,B,C, dan D. Selain itu ia juga membantu menjaga kekuatan tulang dan gigi.
- Susu juga mengandungi zat yang dapat memperlancar dan membersihkan saliran air kencing.
- Susu memiliki kemampuan yang tinggi dalam membersihkan usus dari kuman.
- Susu sangat bagus sebagai bahan penghadaman, sebagai penahan sakit luka pada lambung, serta sebagai penahan semula jadi bagi ketegangan urat saraf.
- Susu dapat membantu menghilangkan rasa tegang dan gelisah.
- Susu juga baik untuk kulit dalaman dan luaran.
- Susu baik diminum ketika dalam keadaan pembuluh darah tegang dan ketika tubuh diserang racun.
- Susu juga bermanfaat untuk mengubati gusi berdarah.
Ibnu
al-Qayyim al-Jauziyyah menyebut dalam kitabnya Zad al-Ma’ad bagaimana cara
Rasulullah s.a.w. memakan kurma yang antara lain adalah:
- Di dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. memakan kurma bersama keju, dengan roti, atau tanpa apa-apa campuran.
- Dalam riwayat lain juga disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. memakan kurma dengan timun, atau dengan tembikai atau dicampur dengan lobak merah.
No comments:
Post a Comment