Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam "at-Tibb an-Nabawi", menyebutkan selain penyakit jasmani terdapat sejenis penyakit lagi yang dipanggil penyakit penyakit hati (rohani).
Penyakit rohani merupakan salah satu penyakit yang dihadapi oleh manusia walaupun ia tidak mempunyai petanda secara zahir. Ia melihat emosi, perasaan dan tekanan jiwa dan roh manusia yang tidak zahir pada pandangan mata kasar manusia.
Al-Quran menyebutkan sebanyak 28 kali tentang penyakit hati. Seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 10, al-Ma'idah ayat 52, al-Anfal ayat 49, at-Taubah ayat 125, al-Hajj ayat 53 dan lain-lain lagi.
Istilah Melayu menamakan dan mengaitkan penyakit rohani dengan penyakit hati seperti sakit hati, keras hati, hati batu dan sebagainya. Semua itu menunjukkan perasaan dan perilaku seseorang itu dan juga menggambarkan penyakit yang ada dalam hati dan peraasaan seseorang.
Walau bagaimanapun, dalam konteks perbicaraan al-Quran, terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan penyakit hati atau rohani iaitu hasad atau dengki, was-was, syak dan lain-lain. Keterangan yang terkandung dalam al-Quran dengan jelas sekali menyatakan bahawa manusia mempunyai penyakit hati atau rohani ini.
Kesimpulannya, penjelasan al-Quran yang banyak menyebut dan menceritakan tentang penyakit rohani, maka secara tidak langsung manggambarkan bahawa al-Quran adalah sumber yang terbaik dalam merawat dan mencegah penyakit ini. Tentu sekali ilmu perubatan moden tidak mampu untuk mengesan kehadiran penyakit rohani ini, apatah lagi untuk mengubatinya. Jadi, penyelesaian paling baik adalah melalui penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai ubat dan pencegah daripada berlakunya penyakit rohani ini.
No comments:
Post a Comment