Dada yang berdebar-debar (palpitasi) atau dikenali juga dengan darah gemuruh boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Palpitasi merupakan suatu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tidak teratur dan seseorang merasainya dan menyedari degupan jantungnya yang laju. Palpitasi boleh berpunca dari masalah jantung, hormon tiroid berlebihan, kurang darah merah (anemia), masalah psikologi seperti kebimbangan (anxiety) atau panik, minum minuman yang berkafein atau makan ubatan tertentu. Gejala palpitasi biasanya berlaku bersama-sama dengan badan berpeluh-peluh, tangan dan kaki menjadi sejuk, rasa keletihan, pening, menjadi pitam dan sesak nafas.
Kaedah dan Doa Rawatan Dada Berdebar-debar
Doa-doa yang digunakan untuk menghilangkan debaran di dada ialah:
1) Baca Surah Al-Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Surah al-Ikhlas , Surah an-Nas dan Surah al-Falaq
4) i.Kemudian diikuti dengan membaca Surah ar-Ra'd ayat 28.
ii.Surah al-An'am ayat 13.
iii.Surah as-Syura ayat 33.
iv.Surah al-Furqan ayat 45.
*Ayat-ayat ini dibaca pada air kemudian diminum dan disapu pada bahagian dada...
Mengikut kepada pengalaman yang telah saya lalui,,,penyakit ini sangat memberi kesan negatif terutamanya kepada golongan pelajar kerana ia menggangu perasaan dan prestasi...satu pengalaman semasa di sekolah menengah dahulu, saya pernah menyertai pertandingan syarahan bahasa arab diperingkat negeri,,,perasaan gementar yang tak mampu untuk dikawal menyebabkan minda saya menjadi kosong dan tidak mengingati apa yang dihafaz,,,tangan menjadi sejuk dan berpeluh,,,sehingga menyebabkan prestasi kurang memberansangkan...ia tidak boleh dipandang remeh kerana mengganggu cita-cita dan matlamat kita...sebaliknya carilah usaha untuk mengamalkan ayat-ayat ini disamping berselawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w....Selamat mencuba dan bertawakkal...kerana Allah sahaja berhak memberi dan menyembuh seluruh penyakit...
Terima Kasih Atas Kaedah Ini
ReplyDeleteAdalah lebih sempurna jika ayat2 yang harus dibaca itu ditulis dalam bacaan rumi kerana bagi memudahkan mereka yang tak tahu mengaji untuk memngamalkannya.
ReplyDeletekalau rumi takut silap sebut...lari maksud...wallahualam
Delete
ReplyDeleteInfo yang menarik mengenai penggunaan kaedah rawatan Islam dalam rawatan jantung berdebar. Selain itu, kita harus mendapatkan pemeriksaan terperinci di klinik berdekatan sekiranya kita mendapati masalah jantung berdebar yang dihidapi:
1) kerap berlaku
2) mengambil masa yang lama untuk reda seperti lebih daripada 1 jam
3) mempunyai simptom-simptom sampingan seperti sakit dada, sesak nafas dan rasa pitam
Antara pemeriksaan yang akan dikendalikan oleh doktor bagi mengenalpasti punca masalah jantung berdebar ialah:
1) ujian darah untuk mengenalpasti masalah anemia, kelenjar tiroid dan ketidakseimbangan garam mineral
2) ujian elektrokardiogram bagi mengenalpasti masalah aritmia jantung
3) Ujian Holter untuk melihat aktiviti impuls jantung dalam masa 24 – 48 jam
4) X- ray dada untuk mengenalpasti saiz jantung
terima kasih untuk info yang berguna
DeleteTerima kasih atas perkongsian Saya juga menghadapinya.saya akan memanfaatkan doa diberi
ReplyDelete