Saturday 13 April 2013

Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’




Habbatus sauda







Di dalam As-Sunnah An-Nabawiyyah diriwayatkan beberapa hadis sahih mengenai faedah-faedah Habbatus Sauda’ dan penawar penyembuhan bagi segala penyakit.
        Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan satu hadis daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah  bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud: Hendaklah kamu mengambil berat tentang Habbatus Sauda’ kerana sesungguhnya pada Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuhan bagi setiap penyakit kecuali mati.
        Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata di dalam Fathul Bari:”Diambil dari sedemikian itu bahawa makna hal keadaan Habbatus Sauda’ itu sebagai penyembuhan bagi segala penyakit itu ialah ianya tidak digunakan bagi segala jenis penyakit bahkan ianya digunakan secara bersendirian ( tanpa dicampurkan dengan lain-lain bahan) dan ianya juga digunakan dalam bentuk campuran dengan lain-lain bahan. Kemungkinan juga ia digunakan dalam bentuk tepung (kisaran) dan tanpa dikisar. Kemungkinan juga ia dimakan, diminum, dimasukkan ke dalam hidung, dibungkus di dalam kain dan sebaliknya”.
        Di dalam kitab Fathul Bari, syarah kitab Sahih Al-Bukhari; Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani menjelakan bahawa mereka yang alim dalam bidang perubatan berkata : Antara manfaat-manfaat Habbatus Sauda’ ialah:
  • Ia bertindak menghilangkan bengkak.
  • Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan mengeluarkan angin.
  • Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu karang, melancarkan pembuangan air kencing dan haid.
  • Jika ia ditumbuk halus dan diikat di dalam kain kapas lalu dicium, maka ia memberi manfaat dalam penyembuhan selsema.
  • Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda’ dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat kesesakan nafas.
  • Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manfaat dalam merawat sakit kepala.
  • Jika Habbatus Sauda’ dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manfaat menyembuhkan sakit gigi.
  • Dalam semua keadaan, Habbatus Sauda’ akan memberi manfaat sekiranya ia digunakan dengan cara yang betul dan berterusan atau istiqamah( konsisten). Terdapat ramuan yang kita boleh amalkan untuk penyakit-penyakit tersebut:

1.    MERAWAT JERAWAT

Cara campuran ubat:
  • Satu cawan Habbatus Sauda’ yang telah ditumbuk halus.
  • Setengah cawan kulit buah delima yang telah ditumbuk halus.
  • Setengah cawan cuka epal.
  • Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dengan sempurna, Kemudian campuran itu hendaklah dipanaskan di atas api yang perlahan selama 2 minit lebih kurang.
 Cara penggunaan: Sapukan bahan campuran tadi pada jerawat setiap hari sebelum tidur. Lakukan setiap hari sehingga kesan jerawat hilang. Bahan campuran tadi boleh digunakan dalam tempoh 3 minggu. Hendaklah disimpan di tempat yang sejuk dan kering.


2.   MERAWAT BATU KARANG DI DALAM BUAH PINGGANG ( GINJAL) DAN PUNDI KENCING.

Cara campuran ubat:
  • Dua cawan Habbatus Sauda’ yang dikisar halus.
  • Setengah cawan madu lebah asli.
  • Campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sempurna.
Cara penggunaan ubat:

Ambil 1 sudu campuran di atas dan makan serta diikuti dengan
meminum secawan air suam. Lakukan setiap hari sebelum bersarapan pagi. Ubat ini baik digunakan untuk tempoh 15 hari. Hendaklah disimpan di tempat yang sejuk.


3.   MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI.

Cara campuran ubat:

  • Satu sudu barsaiz sederhana Habbatus Sauda’ yang telah
dikisar halus.
  • Satu sudu besar madu lebah.
  • Sepotong kecil bawang putih.
  • Campurkan ketiga-tiga bahan tadi dengan sempurna.
Cara penggunaan:

Makan campuran tadi setiap hari sebelum bersarapan pagi.
Lakukan selama 20 hari hinggalah merasakan kesembuhan.  

4.   MERAWAT SAKIT KEPALA.

Cara campuran:

  • Satu cawan Habbatus Sauda’ yang telah dikisar.
  • Setengah cawan bersaiz sederhana jintan manis.
  • Setengah cawan bunga cengkih.
  • Campurkan ketiga-tiga bahan tadi.
Cara penggunaan:

Makan ubat di atas sebanyak setengah sudu pada setiap hari
sebelum bersarapan pagi dan makan tengahari.

5.   MELICINKAN KULIT MUKA.

Cara campuran:

  • Setengah cawan Habbatus Sauda’ yang telah ditumbuk halus.
  • Setengah cawan minyak zaitun.
  • Campurkan kedua-dua bahan tadi.
Cara penggunaan:

Sapukan ramuan tadi pada muka dan dedahkan muka kepada
cahaya matahari yang sedikit. Lakukan sedemikian pada bila-bila masa di waktu siang.

        SELAMAT MENCUBA !!! Insya' Allah dengan izinNya sembuh segala penyakit, yang penting kita hendaklah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya.....



Friday 12 April 2013

Berubat dengan buah kurma










Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Zaadul Ma’ad berkata, “Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai untuk mengisi perut kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh. Kurma juga merupakan buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.” Kurma kaya dengan protein, vitamin, dan fosfor.
            Rasulullah s.a.w. bersabda:
إنّ التّمر يذهب الدّاء ولا داء فيه، وإنّها من الجنّة، وفيه شفاء.
Maksudnya:
“Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya. Kerana ia merupakan tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat”.


Kurma Dan Susu Merupakan Sunnah Nabi s.a.w.


            Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan kita untuk sarapan dengan kurma dan susu. Dari sini kita akan tertanya-tanya, “Kenapa Rasulullah s.a.w. memilih dua jenis makanan ini dan bukan yang lain?”
·         Suruhan Nabi s.a.w. untuk memakan dua unsur makanan ini memiliki tujuan dan maksud yang luar biasa. Seperti kurma, ia merupakan jenis pemakanan yang akan dicerna dan diserap oleh anggota tubuh dengan segera. Ini kerana sari-sari makanan yang dikandungnya cepat menyebar ke dalam aliran-aliran urat darah, sehingga mampu memberikan kekuatan dan tenaga untuk membantu menghilangkan rasa letih, lemah dan pening.
·         Kurma juga dapat menenangkan urat-urat saraf, mampu menghilangkan ketegangan dan rasa gelisah, serta dapat mengubati luka pada perut.
·         Kurma juga bermanfaat untuk menghilangkan penyakit hati, penyakit kuning, kulit kering, bibir pecah-pecah, rambut gugur dan kuku mudah patah. Kurma kaya dengan fosfor untuk membantu memperkuat tulang dan gigi. Selain itu ia juga mengandungi serat ‘cellulose’ untuk membantu mempermudah kerja perut dan usus. Kurma sangat kaya dengan vitamin A yang membantu memperkuat urat-urat yang berhubungan dengan kelenjar, membantu kerja usus-usus dan memberikan tenaga pada tubuh.
·         Kurma juga dapat memperkuat hati dan membunuh cacing dan kuman pada tubuh. Jika kurma menjadi santapan sebelum makan, maka ia juga berfungsi membersihkan paru-paru, menghaluskan kulit luaran pada tubuh, dapat mengubati orang-orang yang menderita penyakit batuk biasa, dan batuk berkahak.






      Antara manfaat susu dari segi kesihatan adalah seperti berikut:

  •          Susu mengandungi air, protein, dan zat gula (lactose).

  •          Susu mengandungi vitamin A,B,C, dan D. Selain itu ia juga membantu menjaga kekuatan tulang dan gigi.

  •          Susu juga mengandungi zat yang dapat memperlancar dan membersihkan saliran air kencing.
  •          Susu memiliki kemampuan yang tinggi dalam membersihkan usus dari kuman.

  •          Susu sangat bagus sebagai bahan penghadaman, sebagai penahan sakit luka pada lambung, serta sebagai penahan semula jadi bagi ketegangan urat saraf.

  •          Susu dapat membantu menghilangkan rasa tegang dan gelisah.

  •          Susu juga baik untuk kulit dalaman dan luaran.

  •         Susu baik diminum ketika dalam keadaan pembuluh darah tegang dan ketika tubuh diserang racun.

  •       Susu juga bermanfaat untuk mengubati gusi berdarah.


Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah menyebut dalam kitabnya Zad al-Ma’ad bagaimana cara Rasulullah s.a.w. memakan kurma yang antara lain adalah:

  •   Di dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. memakan kurma bersama keju, dengan roti, atau tanpa apa-apa campuran.

  •   Dalam riwayat lain juga disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. memakan kurma dengan timun, atau dengan tembikai atau dicampur dengan lobak merah.


Ini adalah antara amalan pemakanan utama Nabi s.a.w., ramai dalam kalangan kita, tidak suka untuk memakan buah kurma dan meminum susu. Sebenarnya kurma dan susu ini mengandungi khasiat yang sangat bernilai, penting untuk tubuh badan manusia. Jadi sedarlah dan cuba amalkan pemakanan sunnah ini untuk kesihatan sepanjang hayat. Lebih-lebih lagi kita sebagai pelajar, seeloknya kita makan 3 biji kurma dengan air suam atau dengan segelas susu tanpa memakan makanan lain sebelum pergi ke kelas. Insya’ Allah dengan mengamalkannya setiap hari badan dan minda kita menjadi sihat dan cerdas.

Thursday 11 April 2013

MAKANAN BAIK UNTUK MINDA



KIsMIS


 gambar-kismis
 
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.  Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan untuk berfikir.
Cara-cara makan:

  •        Menghadap kiblat.

  •      Baca basmalah ( بسم الله الرحمن الرحيم  ).
  •        Selawat ke atas Nabi s.a.w. ( اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ) sebanyak 3x.

  •      Baca doa penerang hati   (رب اشرح لي صدري ويسّرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي).

  •    Makan secara kemam seperti makan gula-gula.  Kurang berkesan jika dikunyah  seperti kacang.

  •     Ambil sebanyak 21 biji 3x sehari, atau paling kurang 21 biji setiap hari.


Madu

 madu lebah

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya Sebagai  syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuhkan segala penyakit dengan izin ALLAH. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein dan banyak lagi. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa ingin menghafal, hendaklah dia meminum manisan madu.” Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, dan sebagainya.
Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam sebaik-baiknya  diambil ketika perut kosong sebelum makan.
P/s: Jangan makan tembikai semasa mengambil madu. Sangat berbahaya !!!.


Susu SEGAR



 
Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawat kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah s.a.w. menerangkan, susu boleh menguatkan belakang, mencerdaskan minda, memulihkan penglihatan mata dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu segar lebih berkhasiat daripada susu debu.
Cara minum:

  •   Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.

  •   Baca basmalah .

  •  Selawat ke atas Nabi  sebanyak 3x.

  •   Baca doa penerang hati.


TELUR


 
 
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli perubatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w. , “Sesungguhnya seorang Nabi mengadu kepada ALLAH kerana dia lemah badan, maka ALLAH S.W.T. memerintahkannya supaya memakan telur.” Telur berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda, terutamanya telur kuning. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung yang masih baru.


HALIA

 
Ia sangat mujarab untuk penyakit kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa halia ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
Cara makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. Sebaik-baiknya dimakan secara mentah dan dibuat ulam.


BUAH DELIMA




 
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w., “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.”


LIMAU OREN
 

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran. Limau-limau jenis lain juga elok untuk dimakan.

Daun Kapal Terbang Untuk Merawat Luka






 
Di negeri Kelantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama Pokok Kapal Terbang, mungkin ia mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Ia mudah didapati di dalam hutan ataupun mudah tumbuh di belakang rumah, kawasan teduh dan sejuk. Tumbuh secara semulajadi dan terbiar, namun ia memberi manfaat yang besar untuk merawat luka.
Ia sangat berkesan untuk merawat luka, diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu, tidak mempunyai kesan sampingan kerana ia tidak mengandungi bahan kimia jika dibandingkan dengan ubat-ubatan zaman ini. Disamping itu, ia boleh menjimatkan wang ringgit.




Cara-cara menggunakannya:
·        Ambil beberapa helai daun kapal terbang dan basuh dengan air yang bersih, kemudian tumbuk sehingga ia hancur lumat.














·        Ambil daun yang telah ditumbuk tadi, lekatkan pada bahagian luka sehingga kering. Insya’ Allah sembuh…Selamat Mencuba !!!