Thursday 11 April 2013

MAKANAN BAIK UNTUK MINDA



KIsMIS


 gambar-kismis
 
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.  Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan untuk berfikir.
Cara-cara makan:

  •        Menghadap kiblat.

  •      Baca basmalah ( بسم الله الرحمن الرحيم  ).
  •        Selawat ke atas Nabi s.a.w. ( اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ) sebanyak 3x.

  •      Baca doa penerang hati   (رب اشرح لي صدري ويسّرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي).

  •    Makan secara kemam seperti makan gula-gula.  Kurang berkesan jika dikunyah  seperti kacang.

  •     Ambil sebanyak 21 biji 3x sehari, atau paling kurang 21 biji setiap hari.


Madu

 madu lebah

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya Sebagai  syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuhkan segala penyakit dengan izin ALLAH. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein dan banyak lagi. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa ingin menghafal, hendaklah dia meminum manisan madu.” Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, dan sebagainya.
Cara minum: 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam sebaik-baiknya  diambil ketika perut kosong sebelum makan.
P/s: Jangan makan tembikai semasa mengambil madu. Sangat berbahaya !!!.


Susu SEGAR



 
Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawat kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasulullah s.a.w. menerangkan, susu boleh menguatkan belakang, mencerdaskan minda, memulihkan penglihatan mata dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu segar lebih berkhasiat daripada susu debu.
Cara minum:

  •   Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.

  •   Baca basmalah .

  •  Selawat ke atas Nabi  sebanyak 3x.

  •   Baca doa penerang hati.


TELUR


 
 
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli perubatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w. , “Sesungguhnya seorang Nabi mengadu kepada ALLAH kerana dia lemah badan, maka ALLAH S.W.T. memerintahkannya supaya memakan telur.” Telur berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda, terutamanya telur kuning. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung yang masih baru.


HALIA

 
Ia sangat mujarab untuk penyakit kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa halia ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
Cara makan: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi. Sebaik-baiknya dimakan secara mentah dan dibuat ulam.


BUAH DELIMA




 
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w., “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selama 40 hari.”


LIMAU OREN
 

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran. Limau-limau jenis lain juga elok untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment