Friday 12 April 2013

Berubat dengan buah kurma










Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Zaadul Ma’ad berkata, “Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai untuk mengisi perut kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh. Kurma juga merupakan buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.” Kurma kaya dengan protein, vitamin, dan fosfor.
            Rasulullah s.a.w. bersabda:
إنّ التّمر يذهب الدّاء ولا داء فيه، وإنّها من الجنّة، وفيه شفاء.
Maksudnya:
“Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya. Kerana ia merupakan tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat”.


Kurma Dan Susu Merupakan Sunnah Nabi s.a.w.


            Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan kita untuk sarapan dengan kurma dan susu. Dari sini kita akan tertanya-tanya, “Kenapa Rasulullah s.a.w. memilih dua jenis makanan ini dan bukan yang lain?”
·         Suruhan Nabi s.a.w. untuk memakan dua unsur makanan ini memiliki tujuan dan maksud yang luar biasa. Seperti kurma, ia merupakan jenis pemakanan yang akan dicerna dan diserap oleh anggota tubuh dengan segera. Ini kerana sari-sari makanan yang dikandungnya cepat menyebar ke dalam aliran-aliran urat darah, sehingga mampu memberikan kekuatan dan tenaga untuk membantu menghilangkan rasa letih, lemah dan pening.
·         Kurma juga dapat menenangkan urat-urat saraf, mampu menghilangkan ketegangan dan rasa gelisah, serta dapat mengubati luka pada perut.
·         Kurma juga bermanfaat untuk menghilangkan penyakit hati, penyakit kuning, kulit kering, bibir pecah-pecah, rambut gugur dan kuku mudah patah. Kurma kaya dengan fosfor untuk membantu memperkuat tulang dan gigi. Selain itu ia juga mengandungi serat ‘cellulose’ untuk membantu mempermudah kerja perut dan usus. Kurma sangat kaya dengan vitamin A yang membantu memperkuat urat-urat yang berhubungan dengan kelenjar, membantu kerja usus-usus dan memberikan tenaga pada tubuh.
·         Kurma juga dapat memperkuat hati dan membunuh cacing dan kuman pada tubuh. Jika kurma menjadi santapan sebelum makan, maka ia juga berfungsi membersihkan paru-paru, menghaluskan kulit luaran pada tubuh, dapat mengubati orang-orang yang menderita penyakit batuk biasa, dan batuk berkahak.






      Antara manfaat susu dari segi kesihatan adalah seperti berikut:

  •          Susu mengandungi air, protein, dan zat gula (lactose).

  •          Susu mengandungi vitamin A,B,C, dan D. Selain itu ia juga membantu menjaga kekuatan tulang dan gigi.

  •          Susu juga mengandungi zat yang dapat memperlancar dan membersihkan saliran air kencing.
  •          Susu memiliki kemampuan yang tinggi dalam membersihkan usus dari kuman.

  •          Susu sangat bagus sebagai bahan penghadaman, sebagai penahan sakit luka pada lambung, serta sebagai penahan semula jadi bagi ketegangan urat saraf.

  •          Susu dapat membantu menghilangkan rasa tegang dan gelisah.

  •          Susu juga baik untuk kulit dalaman dan luaran.

  •         Susu baik diminum ketika dalam keadaan pembuluh darah tegang dan ketika tubuh diserang racun.

  •       Susu juga bermanfaat untuk mengubati gusi berdarah.


Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah menyebut dalam kitabnya Zad al-Ma’ad bagaimana cara Rasulullah s.a.w. memakan kurma yang antara lain adalah:

  •   Di dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. memakan kurma bersama keju, dengan roti, atau tanpa apa-apa campuran.

  •   Dalam riwayat lain juga disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. memakan kurma dengan timun, atau dengan tembikai atau dicampur dengan lobak merah.


Ini adalah antara amalan pemakanan utama Nabi s.a.w., ramai dalam kalangan kita, tidak suka untuk memakan buah kurma dan meminum susu. Sebenarnya kurma dan susu ini mengandungi khasiat yang sangat bernilai, penting untuk tubuh badan manusia. Jadi sedarlah dan cuba amalkan pemakanan sunnah ini untuk kesihatan sepanjang hayat. Lebih-lebih lagi kita sebagai pelajar, seeloknya kita makan 3 biji kurma dengan air suam atau dengan segelas susu tanpa memakan makanan lain sebelum pergi ke kelas. Insya’ Allah dengan mengamalkannya setiap hari badan dan minda kita menjadi sihat dan cerdas.

No comments:

Post a Comment